Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana ahli Kumpulan Luxasia menguruskan data peribadi anda. Ini merangkumi perincian bagaimana kami mengumpulkan, menyimpan, menggunakan, merekod, menahan, memindahkan dan mendedahkan data peribadi anda. Dengan melayari laman web Kumpulan Luxasia, termasuk tetapi tidak terhad kepada [www.beautyscentsmy.com], atau dengan memberikan data peribadi anda kepada kami sama ada melalui laman web tersebut atau dengan cara lain, anda menerima dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Dasar Privasi ini dirumuskan sesuai dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan dikeluarkan oleh Luxasia (M) Sdn Bhd, anggota Kumpulan Luxasia dan pengguna data berkenaan dengan data peribadi yang dikumpulkan di laman web ini ("Laman Web"). Untuk tujuan Dasar Privasi ini, terma-terma "pengguna data", "data peribadi" dan "pemprosesan" mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan oleh Akta.

Sila merujuk ke bawah untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai pemprosesan data peribadi anda oleh kami. 

Maklumat yang Dikumpulkan

"data peribadi" anda merangkumi segala maklumat yang anda memberikan kepada kami atau yang kami mengumpulkan dan yang mengenal pasti anda, atau dari mana anda dapat dikenali secara munasabah (dan mempunyai makna yang setara di bawah undang-undang negara yang berkenaan). Ini termasuk, di mana relevan dan sesuai, nama, alamat e-mel, foto, tarikh lahir, jantina, alamat, maklumat hubungan, pekerjaan, kewarganegaraan, maklumat pengenalan perjalanan, kad kredit dan maklumat pembayaran lain, kepentingan peribadi, maklumat di media sosial, rekod soalan yang anda menanyakan kepada kami, jawapan yang anda memberikan kepada soalan yang kami ajukan, maklumat lain mengenai urus niaga anda dengan kami dan maklumat mengenai anda yang disimpan dalam kuki (seperti sejarah pembelian anda dan maklumat penggunaan lain) dan alamat atau alamat Protokol Internet semasa anda berinteraksi dengan laman web Kumpulan Luxasia.

Penyediaan data peribadi tertentu oleh anda kepada kami seperti nama, alamat e-mel, maklumat hubungan, kad kredit dan maklumat lain mungkin ditunjukkan oleh Kumpulan Luxasia sebagai wajib agar Kumpulan Luxasia dapat melakukan perkhidmatan yang berkaitan untuk tujuan yang dikenal pasti.

Kumpulan Luxasia mungkin tidak dapat melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan untuk tujuan yang dikenal pasti sekiranya anda gagal memberikan data peribadi yang berkaitan.

Data peribadi anda dikumpulkan dengan pelbagai cara termasuk melalui borang yang anda telah melengkapkan, transaksi yang telah dibuat, langganan atau melalui penggunaan kuki.

 Laman Web ini juga menggunakan teknologi yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman melayari anda dan memberikan maklumat yang tidak dapat dikenal pasti secara keseluruhan mengenai penggunaan Laman Web kepada kami. Sekiranya atas apa sebab anda tidak mahu teknologi ini diaktifkan, sila matikan penggunaan kuki dalam tetapan penyemak imbas anda.

 Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami tidak akan berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda kepada sesiapa kecuali seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

Kami menggunakan data peribadi anda untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan dan senang kepada anda dan untuk membantu kami mengenal pasti dan / atau memberikan maklumat, produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik bagi anda. Kami menggunakan data peribadi anda untuk menyokong dan meningkatkan penggunaan Laman Web dan ciri-cirinya, termasuk tanpa batasan: memenuhi pesanan anda; menyediakan perkhidmatan pelanggan; menjejaki jemputan e-mel yang anda hantar; dan sebaliknya menyokong penggunaan Laman Web anda. Kami juga dapat mengesan pembelian masa lalu anda untuk memberi anda profil peribadi mengenai sejarah belanja anda. Sebagai tambahan, kami mungkin memberitahu anda mengenai perkhidmatan baru atau program promosi khas, atau mengirimkan tawaran atau maklumat kepada anda.

 Juga, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Kumpulan Luxasia kami.

 Kadang-kadang, kami menyediakan senarai surat pos kami (yang terdiri daripada nama pelanggan dan alamat surat-menyurat, tetapi bukan alamat e-mel) kepada syarikat lain yang produknya kami mempercayai mungkin menarik bagi anda. Untuk menentukan produk-produk yang kami mempercayai mungkin menarik bagi anda, data peribadi yang anda memberikan kepada kami dan mungkin kami memperolehkan dari anda daripada rekod kami boleh digabungkan dengan maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti (seperti maklumat demografi dan sejarah pembelian lalu) terdapat dari sumber lain.

Kami mungkin memindahkan data peribadi anda sebagai aset yang berkaitan dengan penggabungan atau penjualan yang dicadangkan atau sebenar (termasuk sebarang pemindahan yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses kebangkrutan atau kebankrapan) yang melibatkan semua atau sebahagian perniagaan kami atau sebagai sebahagian daripada penyusunan semula korporat, penjualan saham atau perubahan kawalan lain.

 Kami berhak untuk mendedahkan data peribadi anda untuk mematuhi panggilan pengadilan, perintah mahkamah, perintah pentadbiran atau pemerintahan, atau keperluan undang-undang lain, atau apabila kami, mengikut budi bicara kami sendiri, percaya bahawa itu adalah diperlukan untuk melindungi hak kami atau hak orang lain, untuk mencegah kemudaratan kepada orang atau harta benda, untuk memerangi penipuan dan pengurangan risiko kredit.

 Anda akan menerima pemberitahuan apabila data peribadi anda mungkin diberikan kepada pihak ketiga dengan alasan apa pun selain yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, dan anda akan berpeluang untuk meminta agar kami tidak memberikan maklumat tersebut.

 Kami menggunakan maklumat yang tidak dapat dikenal pasti secara agregat, jadi kami dapat memperbaiki Laman Web dan untuk tujuan perniagaan dan pentadbiran. Kami juga boleh menggunakan atau berkongsi dengan pihak ketiga untuk apa-apa tujuan mengenai agregat data yang tidak mengandungi maklumat peribadi.

Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Anda

 Data peribadi anda yang kami memperoleh akan disimpan sama ada di pelayan kami atau menggunakan penyedia penyimpanan data pihak ketiga di Malaysia atau jika di tempat lain, sesuai dengan Akta dan undang-undang lain yang berkenaan.

Kami menjaga dengan sewajarnya, sejauh yang ada dalam kuasa kami untuk melakukannya, untuk menjaga keselamatan data peribadi anda, tetapi jika tidak ada kelalaian pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang anda mungkin mengalami akibat daripada tidak dibenarkan akses, pendedahan, penyalahgunaan atau kehilangan atau kerosakan sebarang data (termasuk data peribadi yang anda memberikan semasa mengakses atau membuat pesanan dari laman web Kumpulan Luxasia).

Kami mungkin memaparkan notis di Laman Web kami sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan. Kami juga boleh memberitahu melalui e-mel atau cara lain dalam keadaan ini.

Tempoh kami menyimpan data peribadi anda akan berbeza dan bergantung kepada tujuan dan penggunaan data peribadi yang dikumpulkan, dan kami akan menyimpannya tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk tujuan data peribadi dikumpulkan.

Mengakses Dan Mengemas Kini Maklumat Peribadi Dan Keutamaan Anda

 Sekiranya anda adalah pengguna berdaftar, anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat pendaftaran anda melalui akaun anda di Laman Web, atau anda boleh menghubungi kami secara langsung dengan menghantar e-mel kepada kami di dpo@luxasia.com.sg untuk mengemas kini dan memperbetulkan data peribadi anda, pilihan anda untuk menerima e-mel atau komunikasi lain dari kami, pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda atau anda boleh memilih untuk menggunakan hak anda untuk membantah, menyekat, atau menghapus pemprosesan data peribadi tersebut seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Sekiranya anda memilih untuk tidak menerima e-mel atau komunikasi lain dari kami, kami akan mengambil langkah yang wajar secara komersial untuk melaksanakan permintaan penyisihan anda dengan segera, tetapi anda mungkin masih menerima komunikasi dari kami sehingga sepuluh hari bekerja ketika kami memproses permintaan anda.

Walaupun kami berusaha untuk memenuhi permintaan untuk menyekat penggunaan data peribadi anda, kami berhak untuk menghapus semua atau sebahagian data peribadi anda jika kami tidak dapat memenuhi batasan yang diminta dengan wajar.

Privasi Kanak-Kanak Dan Kawalan Ibu Bapa

Kami tidak meminta maklumat peribadi dari kanak-kanak. Sekiranya anda tidak berumur 18 tahun atau ke atas, anda tidak dibenarkan menggunakan Laman Web. Ibu bapa harus sedar bahawa ada alat kawalan ibu bapa yang tersedia dalam talian yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan anak-anak anda menghantar maklumat secara dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa atau daripada mengakses bahan yang berbahaya bagi anak di bawah umur.

Perubahan Dasar Privasi

 Sekiranya kami memutuskan untuk mengubah Dasar Privasi kami bagi Laman Web, kami akan menyiarkan Dasar Privasi yang telah disemak di sini supaya anda selalu mengetahui apa maklumat yang kami telah mengumpulkan, bagaimana kami dapat menggunakan maklumat tersebut dan sama ada kami dapat mendedahkan malkumat tersebut kepada sesiapa sahaja. Penggunaan Laman Web daripada anda yang berterusan menunjukkan persetujuan anda terhadap Dasar Privasi seperti yang dinyiarkan. 

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, maka versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.